bersambung dari post Trip to George Town #2.
Setelah menjilat ice cream tadi, minda saya mula menjadi fresh. Huhu.
The Old Man Wall Mural kelihatan agak sudah pudar. |
Before |
Lukisan mural The Old Man sangat menarik untuk ditatap oleh orang ramai termasuk para pelancong dari pelbagai seluruh dunia. Semakin hari semakin cuaca tidak menentu inilah menyebabkan mural ini hampir menjadi pudar. Perkara itu mungkin masalah yang biasa. Memang hebat artis yang melukis wall tersebut.
Promosi beca? |
Terkedut saya melihat signboard diperbuat daripada kertas ini. Apakah?! Macam-macam benda pelik boleh menjadi. Namun, hal sebegini nampak buruk dan menyukarkan orang ramai disekeliling tempat ini untuk membaca signboard itu. Hmmm masalah biasa kot. Jika anda ingin mempromosikan sesuatu perkhidmatan, amaran dan lain-lain dalam signboard ini harus dibuat dalam design lebih jelas dan mudah dilihat orang ramai yang melalui tempat itu. Sekadar cadangan saya teramat biasa je. (membela janggutku)
Gerai kecil |
Berjalan selangkah demi selangkah bersama members. Apabila kita sedang berjalan, kita pasti akan temui beberapa gerai kecil di tepi jalanan. Haa gambar di atas sudah membuktikan. Di gerai itu ada menjual pelbagai alat tulis, buku-buku, minuman dan macam-macam. Saya dapati bahawa strategik gerai ini agak tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti jual beli di sepanjang tepi jalanan. Kerana ini boleh menyebabkan berlakuknya kesesakan jalanraya.
Dinding tercalar. |
Tak pasti benda ini boleh dipanggil sebagai vandalisme atau tidak. Tapi bagi saya, menampal stickers di tempat awam seperti ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang melainkan mendapat kebenaran daripada pihak tertentu. Saya melihat hal ini seperti saja-saja tampal stickers. Hampeh lah... (menggeleng kepala)
Someday I will be an interactive art. |
Haa kes vandalisme berulang lagi. Perbuatan vandalisme tak pernah diselesaikan sejak dulu lagi. Saya agak tertarik akan sepatah ayat dalam gambar di atas. Kata-kata seorang artis rasanya. Satu motivasi yang bagus untuk saya. Peeewiiittt...
Mr Bean was here! |
Check Point 6 China House at Lebuh Pantai |
Kami berjaya sampai di check 6 atau China House. Mengambil sedikit masa untuk berehat sambil melihat apa yang ada di tempat itu.
Papan tandas di dalam China House. |
Hahahaha.....! Buatkan saya tergelak. Aduhhhh sakit perut dibuatnya. Next time janganlah buat benda yang tidak senonoh. Entah-entah nanti bila orang nak masuk toilet ternampak signboard ini terus nak be**k. Hehehe. Epic fail. -_-
Bruce Lee |
Kesian kucing kena dibelasah oleh tok gurunya, Bruce Lee. Tapi comey juga hehehe. Antara satu mural yang paling klasik bagi saya. Lebih-lebih kucing merupakan hobi belaan saya. Penyayang dikatakan. Cehh...
"Our Art Is Dying" |
Mural ini pada asalnya ada berwajah dua iaitu separuh muka perempuan Cina dan separuh adalah tengkorak. Malangnya gambar ini tidak kelihatan disebabkan hakisan batu pada dinding itu. Mai saya tunjukkan gambar yang sebelumnya di bawah.
"Our Art Is Dying" Full mural. |
Is it last check point?? |
Ketika di akhir pemgembaraan, kami tersesat mencari Kaffa. Kami menyangka tempat Kaffa seperti gambar diatas tapi bukan. Rupanya Kaffa ada cawangan lain yang berhampiran di area ini. Kumpulan kami pun terus bergerak balik ke tempat asal di Dewan Sri Pinang. Setelah hampir tiba ke sana, rupa-rupanya Kaffa bersebelah dengan Sri Pinang. Bagaimanapun, alhamdulillah kerana kami dapat menyiapkan misi trip ini. Dengan adanya pelbagai kajian telah dilakukan oleh kami, maka kami dapat meneruskan kerja project happiness di kelas nanti, inshaAllah. Setakat ini kisah perjalanan saya yang pendek. Kalau boleh, nak gi jejalan kat Pulau Langkawi pula. Arghh!
Kad trip GT dalam kenangan huhu...
Ok sekian. Salam.
Batu Pahat,
Johor.
No comments:
Post a Comment