16 March 2014

Week 4 - Trip to George Town #2

Salam.

Yeahhh saya kembali lagi. Ok kita sambung pasal Trip to George Town yang pertama.

FACECAFE
Apabila ciptaan yang asli telah diciplakkan.
Biasalah benda seperti itu boleh dijadi-jadikan. Macam di kedai cermin mata ada nama kedai Facelook. Idea mereka memang hebat lagi cerdik. Perkara ini telah membuatkan saya harus peka serta sentiasa tajamkan idea, inovasi, dan kreatif dalam bidang grafik yang sedang diceburi. Yeahhh love it! (muka tak senyum)

Public phone
Aduhai. Saya kesian kat telefon awam ini. Ia kehilangan gagangnya. Siapalah yang melakukan kerja haram (mencabut) ini! Tahu tak kerajaan Malaysia terpaksa menanggung banyak kerugian akibat perbuatan vandalisme. Syukur Malaysia masih aman selamanyaaaaa.... Sob3.

Tiang lampu
Saya snap gambar ini kerana ini memang masalah punya pasal. Opss saya tak marah. Haha. Saya tak pasti jenis tiang ini apa. Tiang lampu atau lampu isyarat pun saya tak ingat. Tak fokus kot. Maaf. (senyum kambing)

Pengemis
Ya Allah, sungguh hatiku sangat lemah untuk mengawal perasaan yang sedih apabila melihat gambar ini. Semoga Allah memudahkan kerajaan agar dapat memberikan kebajikan seperti menyediakan tempat tinggal kepada orang-orang yang memerlukan. Kalau boleh, sediakan sesuatu pekerjaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Serius pekerjaan itu merupakan satu pekerjaan yang mulia. (bermuhasabah diri)

Rumah atau kedai?
Semasa dalam perjalanan ke Jawi House Jawi, saya terjumpa tempat ini. Mungkin ada terdapat masalah yang saya boleh ungkapkan. Tak pasti ini rumah atau kedai kecil. Masalahnya adalah kekosongan dinding tempat ini. So, boleh mengatasi masalah itu dengan melukiskan mural pada wall seperti street art. Biar nampak cantik dan mampu menarik perhatian pelancong-pelancong. Idea saya bernas tak? Hehehe.

Jawi House Cafe #1

Jawi House Cafe #2

Jawi House Cafe #3
Yeahh kami berjaya menemui check point 5 di Jawi House Cafe. Berehat sementara di sana. Gambar ke-3 di atas saya tak tahu apa yang difikirkan oleh uncle yang sedang bersantai itu. Merenungi hadapan kedai Jawi House Cafe sambil memikirkan masa depannya kot. Maaf saya buat memandai. Hehe.

Akan bersambung nanti. Penulis ini nak makan ice cream Magnum Almond sat. Don't jealous ok. Yum yum yum...


Batu Pahat,
Johor.

No comments: