16 March 2014

Week 4 - Trip to George Town #1

Salam to all.

Hari ini saya ingin menceritakan tentang sebuah perjalanan saya yang ringkas. Tak panjang punya dan paling penting ia tak akan mem'boring'kan anda huhu. Ok, pada 12 Mac (hari Rabu) yang lepas saya telah menyertai satu kelas mengadakan lawatan ke George Town, Penang. Bukan lawatan suka-suka saja. Serius untuk assignment kami. Kalau main-main of course saya tidak teragak-agak pergi join trip itu sejak awal lagi. Maaf melawak sikit. Hehe. Haa ini dia info yang sahih dari E-learn seperti di bawah.

Poster simple.
Abaikanlah tarikh itu.
Bagi memastikan urusan rombongan ini berjalan dengan licin, saya memilih untuk hadirkan diri lebih awal. Menjadi pelajar cemerlang yang sentiasa tepat masa kononnya. Saya tiba di Padang Kawad dalam pukul 9:00 pagi. Then apa lagi, tunggggggguuuuuuu mereka yang tak bangun-bangun di saat yang genting. (facepalm sat)

Di dalam bas USM di Padang Kawad.
TV tak buka, tu yang tak best kot.
Menunggu kedatangan bas ke-2 di Dewan Sri Pinang
Snap by Dr. Nurul (i thought)
Setelah kami tiba di luar Dewan Sri Pinang, lecturer saya iaitu Dr. Nurul muncul memberi sedikit taklimat mengenai how to do Happiness Project serta mengedarkan kad-kad hijau kepada semua pelajar. Dia bertanggungjawab membahagikan kepada 3 group bagi menjalankan kajian di semua point seperti yang dinyatakan dalam kad hijau tersebut. Saya dimasukkan dalam group yang ke-3. Lepas itu, kami memulakan misi kami ke check point 5 dan point 6 di Lebuh Armenian dan Lebuh Pantai. Di situlah sebuah kembara sambil mengkaji telah start.

Sesi mengkaji telah bermula.
Chaiyokkk !
St. George's Church at 1, Farquhar Street
Tempat gereja putih is look cantik tetapi di luar pemandangan gereja seperti tembok itu agak 'comot' dan dipenuhi banyak semak. Macam tak ada cleaner nak bersihkan keadaan benteng tersebut. Itu masalahnya. Eh masalah itu saja? Tidak, ada lagi banyak masalah yang terdapat di kawasan ini. (menggeleng kepala)

Sampah + Denda = Free ke?
Astaghfirullahal'adzim... Buang sampah di merata tempat. Sungguh rugi bagi sesiapa yang mempunyai akhlak 'tidak sihat' itu. Mungkin signboard amaran seperti ini kurang berkesan. Kalau denda dinaikkan kepada RM 1000, beranikah pembuang sampah nak buang nanti? Lu pikir la sendiri. Akan bersambung nanti. Gua capek banget ni. (berpeluh)


Batu Pahat,
Johor.

No comments: