22 May 2014

Week 14 - Final Assessment

Pada hari semalam bertarikh 21 May 2014 (Rabu) telah berlangsungnya hari terakhir atau minggu ini yang terakhir bagi kelas kursus VRK223 Komunikasi Visual. Kami telah memberi presentation, pelbagai komen, kritikal, dan pendapat-pendapat terhadap apa yang telah kami lalui terutamanya dalam group Mai Sat. Alhamdulillah kerana kami telah menyiapkan projek serta mempamerkan Mai Sat dengan baik walaupun hasil kerja kami mungkin ada sedikit kekurangan seperti kualiti warna stickers permainan CONGKAK dan DAM HAJI itu agak sedikit serba kurang tetapi kami tetap berpuas hati kerana dapat bermain sambil enjoy. Sangat best punya sebab maklumlah projek sudah habis pada minggu yang terakhir. Hehehe...

Picture 1
Bersantai di booth Mai Sai.

Picture 2
Bersantai juga. Sedikit melakukan perubahan sebelum final assessment bermula.

Picture 3
Sudah ada 3 flaglines Mai Sat yang tergantung. Hehehe...

Picture 4
Flagline logo Mai Sat yang comel.

Picture 5 [credit to Cik Farhanna]
Inilah group members of Mai Sat.
Waduh t-shirt aku besar kot. Tak gemok tak buncit. Mukaku terpaksa di'blur'kan kerana takut ramai perempuan terpikat kat aku. Hahaha... :p

Ehemm.. [membetulkan kerongkong berserak basah]. Saya, Mohammad Redha, untuk pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dalam 1 group Mai Sat, member member yang ada sedikit sebanyak sanggup memberi share ilmu dengan kami, dan paling tak akan saya lupakan iaitu, Dr. Nurul kerana beliau telah banyak mencurahkan ilmunya kepada kami. Hasilnya projek Mai Sat telah berjaya disempurnakan disebabkan oleh kesungguhan beliau. Ucapan yang last sekali, saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai saya tersalah cakap kasar, salah faham, kedegilan saya, kekurangan ilmu grafik dan apa-apa lah yang pernah menyinggung perasaan kalian terutamanya dalam group saya, Mai Sat. Anda semua memang hebat apabila membuat kerja projek walaupun begitu mencabar. 
Terima kasih! ^_*v

VRK223 dalam kenangan ^_^
[credit to Cik Farhanna]
Bak kata mereka, untuk menjayakan sesuatu program, events, exhibitions, kelas atau apa-apa selepas hampir nak habis perlu ambil gambar dahulu sebelum beredar. Amboi... Sayangnya saya tiada dalam gambar kenangan ini kerana terpaksa pulang sedikit awal sebab ada kelas. Tak ada rezeki nak selfish bergambar dengan diorang hahaha.... :p

[credit to Cik Kajang]
Oleh sebab tak dapat nak bergambar ramai-ramai, so jadilah saya ber'selfish' dalam gambar kartun ni haha.


Sekian, wassalam.



Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

2 comments:

Sayonara said...

selfish ??? hahahaha. btw menarik gak blog awak niii. :)

Mohammad Redha said...

huhuhu... thanks cik sayonara darul aman... hehe