31 May 2014

Week 15 - Mengemas Our Booth

Minggu ke-15 atau minggu terakhir bagi semester 2 ini tidak ada kelas sebenarnya. Cuma mengemaskan pameran Mai Sat saja. Tak nak kemas sem ini pun boleh tapi mesti dah kemas sebelum naik sem depan. Hmmm better kemas lebih awal lagi bagus lagi baik punya. Senang hidup kemudian. Eh tak...

Kajang & Azlida tekun mengemas.

Done. Mai Sat dalam kenangan.

Berakhirnya segala kursus VRK223 Komunikasi Visual untuk semester ini.
Alhamdulillah.



Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

22 May 2014

Week 14 - Final Assessment

Pada hari semalam bertarikh 21 May 2014 (Rabu) telah berlangsungnya hari terakhir atau minggu ini yang terakhir bagi kelas kursus VRK223 Komunikasi Visual. Kami telah memberi presentation, pelbagai komen, kritikal, dan pendapat-pendapat terhadap apa yang telah kami lalui terutamanya dalam group Mai Sat. Alhamdulillah kerana kami telah menyiapkan projek serta mempamerkan Mai Sat dengan baik walaupun hasil kerja kami mungkin ada sedikit kekurangan seperti kualiti warna stickers permainan CONGKAK dan DAM HAJI itu agak sedikit serba kurang tetapi kami tetap berpuas hati kerana dapat bermain sambil enjoy. Sangat best punya sebab maklumlah projek sudah habis pada minggu yang terakhir. Hehehe...

Picture 1
Bersantai di booth Mai Sai.

Picture 2
Bersantai juga. Sedikit melakukan perubahan sebelum final assessment bermula.

Picture 3
Sudah ada 3 flaglines Mai Sat yang tergantung. Hehehe...

Picture 4
Flagline logo Mai Sat yang comel.

Picture 5 [credit to Cik Farhanna]
Inilah group members of Mai Sat.
Waduh t-shirt aku besar kot. Tak gemok tak buncit. Mukaku terpaksa di'blur'kan kerana takut ramai perempuan terpikat kat aku. Hahaha... :p

Ehemm.. [membetulkan kerongkong berserak basah]. Saya, Mohammad Redha, untuk pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dalam 1 group Mai Sat, member member yang ada sedikit sebanyak sanggup memberi share ilmu dengan kami, dan paling tak akan saya lupakan iaitu, Dr. Nurul kerana beliau telah banyak mencurahkan ilmunya kepada kami. Hasilnya projek Mai Sat telah berjaya disempurnakan disebabkan oleh kesungguhan beliau. Ucapan yang last sekali, saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai saya tersalah cakap kasar, salah faham, kedegilan saya, kekurangan ilmu grafik dan apa-apa lah yang pernah menyinggung perasaan kalian terutamanya dalam group saya, Mai Sat. Anda semua memang hebat apabila membuat kerja projek walaupun begitu mencabar. 
Terima kasih! ^_*v

VRK223 dalam kenangan ^_^
[credit to Cik Farhanna]
Bak kata mereka, untuk menjayakan sesuatu program, events, exhibitions, kelas atau apa-apa selepas hampir nak habis perlu ambil gambar dahulu sebelum beredar. Amboi... Sayangnya saya tiada dalam gambar kenangan ini kerana terpaksa pulang sedikit awal sebab ada kelas. Tak ada rezeki nak selfish bergambar dengan diorang hahaha.... :p

[credit to Cik Kajang]
Oleh sebab tak dapat nak bergambar ramai-ramai, so jadilah saya ber'selfish' dalam gambar kartun ni haha.


Sekian, wassalam.



Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

20 May 2014

Week 14 - Mengemas Pameran Mai Sat

Semalam telah masuk minggu ke-14. Lagi berbaki seminggu perlu dihabiskan sebelum musim exams tiba. Terasa nak balik kampung time study week nanti huhu. Ok tepikan topik balik kampung! Semalam (Isnin) kami bertujuh telah berkumpul di bilik Studio Grafik dan memasangkan exhibition Mai Sat sebelum final assessment. Banyak benda yang perlu diletakkan di pameran itu. Sticker congkak & dam haji, buah dam (penutup botol), biji apa ntah untuk congkak, brief project A2, booklet dokumentasi A5, dan macam-macam. Biar gambar-gambar dibawah menceritakan segalanya. ^_^v

Picture 1
2 buah penutup botol.

Picture 2
Sticker congkak.

Picture 3
Sticker dam haji.

Picture 4
5 biji untuk congkak. Hmmm entah ler.

Picture 5
Cik Farhanna sedang menampalkan sticker corak pada kain pelapik.

Picture 6
Ctah (kiri) & Azlida berkhusyuk menyiapkan kerja.

Picture 7
Farhanna & Hafiz. Berpacaran? Opss!

Picture 8
Pameran MaiSat yang baru separuh telah siap.

Picture 9
Tempat permainan congkak di atas lantai.

Picture 10
Tempat permainan dam haji di atas lantai juga.

Picture 11
Bahan-bahan projek kami.

Picture 12
Mock up.

Picture 13
Salah seorang daripada group lain sedang bersungguh-sunguh melukis mural pada dinding Studio Grafik.
Sungguh berseni!

Picture 14
Suasana keadaan di dalam kelas studio.

Picture 15
Sungguh kreatif...

Doakan agar exhibition kami (group MaiSat) dapat berjalan dengan baik sepanjang di dalam event Rintis 2014 di Pusat Pengajian Seni. InshaAllah. Ameen. ^_^



Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

16 May 2014

Week 13 - Booklet Project Brief MaiSat

Sekarang dah masuk minggu ke-13. Minggu ini tidak ada kelas tetapi saya dan members masih dalam proses menyiapkan projek Mai Sat. Minggu lepas saya telah diamanahkan iaitu bertugas menyiapkan sebuah booklet atau buku kecil yang bersaiz A5.
Picture 1
Itu dia info buku dokumentasi dalam E-learn.

Dan di bawah saya telah menyiapkan booklet dengan menggunakan kedua-dua tangan saya sendiri. Mula-mula saya pergi ke kedai Color Matterz untuk buat print out dengan menggunakan digital printing. Dah lama saya tak sentuh pelbagai printing sejak bekerja di syarikat printing sebelum masuk USM. Rindu time bekerja kot huhu.

Picture 2
Di kedai Color Matterz

Picture 3
Selepas print out kertas A4.

Picture 4
Inilah booklet A5 yang diidam-idamkan oleh kami. Alhamdulillah ^_^

Picture 5
Membelek booklet sekejap.

Picture 6
This is my members of MaiSat.

Dari mula hingga ke akhir.



















YouTube



Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

09 May 2014

Week 12 - Final Presentation

Peristiwa aktiviti gotong-royong itu dah berlalu. Kini harus fokus kepada projek kami yang sangat sangat penting. Biar pointer CGPA kami nampak lawa untuk semester ini, inshaAllah. Opss ter'over' pula. Pada hari ini, group kami telah membentangkan untuk final presentation. Pensyarah telah melihat serta mencuba test sticker floor grafiti dam haji dan congkak yang kami telah buatkan. Alhamdulillah, proses kali ini telah berjaya. Ini bermakna, kami sudah boleh buat print out  yang sebenar. Yahooooo....!
Picture 1
Our booth floor plan

Picture 2
Group lain sedang melakukan presentation.

Picture 3
Turn giliran kami. Membentangkan tentang Happiness City mengenai dalam projek Mai Sat.

Picture 4
Dr. Nurul (berbaju kurung) sedang meneliti stickers bersaiz A1.



Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.