Pagi tadi kelas berjalan seperti biasa. Saya mula masuk kelas agak sedikit awal tetapi tak dapat no. 1 terawal. Hehehe. Hari ini semua pelajar kena membentangkan atau menunjukkan projek mereka kepada pensyarah yang bercermin cool. Macam kali pertama saya tengok. Fuhh.
Okey, apa yang dimaksudkan tajuk post yang saya telah 'post'kan ini, mock-up, model dan prototype. Mock-up dalam menuruti kamus, ialah pengolokan atau mekap contoh. Maksudnya sesuatu benda seperti alat-alat yang menghasilkan sesuatu kerja yang perlu ditunjukkan sebelum membina yang sebenar. Perkataan model pula ada banyak maksudnya. Bukan sekadar fesyen sahaja.
- Model - barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya seperti yang asal tetapi lebih kecil.
- Prototype - dalam BM, prototaip. Model pertama yg dibina bagi menghasilkan sesuatu (spt perisian komputer) yg dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yg lebih baik (canggih)
- Mock-up - mekap contoh. [saya dah beribu-ribu kali dah sebut kat atas tadi hehe]
Picture 1 Menyusunkan mock-up sebelum kedatangan lecturer. |
Picture 2 |
Picture 3 Abang Ensem (model) nampak macam tidur sambil bermain dam haji. Eh.. |
Picture 4 Kami membentangkan projek kepada Dr. yang ber'spek' hitam [inilah saya maksudkan tadi eheh] |
Picture 5 Dr. Nurul sedang menunjukkan sesuatu projek hasilan kumpulan lain kepada para pelajar disekelilingnya. |
Setelah kami berbincang dengan lecturer, dia agak menyukai proses projek kami yang ada tetapi ada beberapa perkara yang harus dibaiki. Masalahnya adalah kehodohan color dan material begitu kelihatan kurang berkesan. Aiyaa rasa kecewa pulak. Huhu. So, kami kena membetulkan projek agar ia nampak menjadi menarik. Color oh coloooorr..... Begitulah kisah cerita kami di dalam kelas. Akan bersambung lagi, inshaAllah.
Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.
No comments:
Post a Comment